
Dijangka fenomena gerhana bulan akan berlaku pada hari Jumaat ini (1 Januari 2010M / 15 Muharram 1431H). Bermula pada pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi. Tahap gerhana maksimum berlaku pada pukul 3.24 pagi.
Subhanallah, kejadian gerhana bulan kali ni berlaku betul-betul pada pagi tahun baru. Allah dah bagi option pada umat islam untuk pilih sama ada nak berpesta gila2 sambut tahun baru malam tu atau pun bersama-sama sujud melakukan solat bersempena gerhana bulan (bukannya sujud pada bulan, tapi sujud pada yang Allah S.W.T yang maha berkuasa melakukan apa yang dikehendakinya).
Pada yang tinggal di KL, JAKIM dan Agensi Angkasa Negara akan menganjurkan solat sunat khusuf beserta khutbah di Masjid Negara pada malam itu.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka ." (Al-Imran :190-191)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar